Pinangan Lelaki Teragung Ditolak...
Ummu Hani’: Menolak
Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, RASULULLAH pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, RASULULLAH pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu
Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah
memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum
Islam yang berlaku meskipun ia sudah dikurniai empat orang anak.
Setelah
Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu
meminangnya untuk kali yang kedua.
Ummu Hani’ menjawab atas pinangan
itu, “Ya Rasulullah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan
penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya
Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijunjung
tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa
mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika
saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah
menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan,
“Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka
paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan
urusan suami.”
Sumber: http://www.iluvislam.com/
@myibrah.com
No comments:
Post a Comment