Saturday, April 21, 2012

Adakah Doa termakbul...


Adakah Doa termakbul.....


Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

Berdoa adalah satu ibadat,Insan yang dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya .Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.
Doa yang dimakbulkan segera di dunia.Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa.Ramai dikalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan  hikmah yang hanya Allah mengetahui..Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak termakbul didunia ,ia tetap akan dimakbul tetapi disimpan untuk balasan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah..
Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kehebatan kita.

Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.


 Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Surah Al-Mu’min ayat 60.

2 comments: