Tuesday, April 24, 2012

Kasih Sayang Allah



Kasih Sayang Allah Tiada Tolak Bandingnya...
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...Kita bertemu untuk sekian lagi...Moga dipermudahkan lagi kehidupan seharian kita dengan keberkatan dari Allah S.W.T...Insyaallah...



Sahabat...Kasih syg Allah terhadap hambanya...Hebat..Hebat sangat...Ini kerana kasih syg Allah tiada kekurangannya.Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, Bila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Merebut kasih sayang Allah SWT sama sekali berlainan dengan kasih sayang antara manusia. Ini kerana kasih kepada Allah SWT bukan saja menuntut keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran, malah memerlukan pengorbanan sepanjang masa.


Ini berbeza dengan kasih sesama manusia yang mempunyai pasang surut dan boleh ditukar ganti, terutama apabila seseorang itu meninggal dunia.Kasih sesama manusia hanya boleh dinikmati ketika hidup di dunia, manakala kasih kepada Allah pula dibawa hingga ke akhirat.


Sahabat sekalian...Ingatlah kasih sayang terhadap Allah kepada hambanya tidak akan putus...Ingat!!!Apabila ajal menjemput, putus hubungan sesama manusia, sebaliknya berlainan pula dengan kasih dengan Allah SWT. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan untuk Allah SWT akan dibawa bersama, sebagaimana Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:




“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Sahih — Riwayat Imam Ahmad)
Tiga amalan ini menjadi bukti jelas kasih sayang Allah SWT kepada manusia, di mana ia juga menjadi tanda sejauh mana ketaatan antara hamba dan pencipta-Nya.Apabila dihisab dan mendapati amalan kebaikannya lebih berat daripada amal keburukan, itulah tanda seseorang itu mengagungkan kasih pencipta-Nya yang kekal sebagaimana juga janji-Nya bahawa setiap manusia yang ikhlas kepada-Nya akan dibayar dengan ganjaran syurga.


Justeru, kita hendaklah saling mengingati antara satu sama lain dalam melaksanakan ibadat dan paling utama untuk mendapatkan rahmat serta keredaan daripada-Nya.Kita perlu meyakinkan diri bahawa segala kebesaran, keagungan dan kekuasaan itu hanya milik Allah.Kita wajib yakin bahawa Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Tidak ada sesiapa boleh mengatasi kuasa-Nya.Ingat!!!Allah Maha Kuasa...Ameen..

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak



Pinangan Lelaki Teragung Ditolak...

Ummu Hani’: Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, RASULUL­LAH pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.

Setelah Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua.

Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasulullah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”

Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, “Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami.”

Sumber: http://www.iluvislam.com/
@myibrah.com