Jangan Bersedih
Ramai
orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.Selalu orang
mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,dengan
faktor kekayaan.Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segalanya.Betapa ramai orang yang
berada dalam rumah yang besar tidur di atas katil yang empuk.Tetapi dia tidak
lebih selesa ataupun lenanya tidak nyenyak.Bahkan ada orang yang tido di pondok
buruk kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita .
Ada
orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus,tetapi
lidahnya tidak enak ,lebih enak lagi orang yang kadang-kadang makan dengan satu
dua mata lauk,tetapi dia lebih sedap dan selesa dengan makanannya.
Kata Hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.Semua
orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ,ada makanan yang sedap,tentulah
hidupnya bahagia dan tenang..BELUM TENTU!!!!
TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETETAPAN
ALLAH SWT...
Jika
Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang...Dia tidak boleh ditahan
oleh apa-apa tangan sekalipun..Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang..Dia
tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika
Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata..dunia boleh berbuat apa-apa..Tetapi mereka tidak boleh
mencabar kebesaran Allah..
Jika
Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat
kemenangan dari sisi Allah..Apa yang orang sangka rugi..Allah akan memberikan
keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka,tetapi Allah boleh
mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Apabila
kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah.Tengoklah dunia ini wahai
manusia..kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia,kadang-kadang
macam dia hilang segala-galanya,Saya nak ingatkan wahai sahabat sekalian,berapa
banyak dalam hidup sahabat sekalian telah melalui keperitan hidup??CUBA INGAT!!!
Ketika
kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,Tapi hari ini
Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik..
Ketika
kita ditimpa musibah tertentu..kita kata,
“Habislah aku kali ini”,tetapi
usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati
kurnian hidupan ini
Ketika
kita kata “Ya Allah tolonglah aku,ya Allah tolonglah aku,aku susah ya Allah”,hari
ini kita pun telah lupa akan perkataan itu,dan kita lupa kadang-kadang untuk
bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita
daripadanya
Ayat Al-Quran(Ali-Imran(3):173
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka, “Nun orang ramai sedang
berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”
Tapi
kata Allah iman dia tambah,bukan kita kata “pasal apalah Allah benci
aku??apalah dosa aku??Tidak-tidak...Kata Quran iman mereka bertambah..Mereka
kata.. “Cukuplah bagi kami Allah,dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”
PENGALAMAN SERING MEMATANGKAN KITA...
Siapa
yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..Orang yang pernah hidup
dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..Bila hati insan
bulat kepada YA RABB... “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah”...Asrfirullahalazim....Renung-renungkalah
wahai sahabat sekalian.....