Monday, April 23, 2012

Bersyukurlah Wahai manusia


Kenapa kita perlu bersyukur?

Sedih apabila melihat keadaan sekeliling kita..Ada yang sengsara dengan kehidupan..Tapi mereka teruskan kehidupan kerana kesengsaraan didunia tidaklah seberapa apabila kita sentiasa mensyukuri nikmat  Allah kerana di akhirat kelak tuhan janjikan kebahagian kepada hambanya..Jangan merungut..
Dengan jiwa yang bersih barulah nikmat Allah SWT dapat dirasai. Barulah dapat disedari bahawa nikmat Allah SWT itu tidak terkira. Ini kerana nikmat Allah SWT yang sebenar diberikan kepada hamba-hambaNya yang patuh kepada-Nya semata-mata di setiap masa dan tempat. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebesar-besar punca kenikmatan.
Untuk mengembalikan nikmat Allah SWT, kita perlu ada sikap kasihan belas. Kita kasihan melihat fitrah manusia yang melakukan munkar, mendewa-dewakan makhluk dan meninggalkan apa yang Allah SWT perintahkan. Justeru itu kita perlu bertindak merubah dan menolong mereka agar meninggalkan kemungkaran. Punca kemungkaran perlu dihapuskan. Perlu kita jelaskan kepada mereka tentang pengertian atau konsep ‘makhluk’. Bahawa makhluk sama sekali tidak boleh didewa-dewakan.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
– Surah ar-Ra’d: ayat 11.

“Ya Tuhan kami, limpahlah kesabaran kepada kami danmatikanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu).” – Surah al-’Araf: ayat 126.

“Ya Tuhan kami, limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.”
– Surah al-Baqarah: ayat 250.

Pernahkah kita manusia terfikir, kenapa sering lupa untuk mensyukuri di atas nikmat-nikmat Allah s.w.t. kerana terpedaya dengan kemudahan dan kemewahan dunia. Kita menyangka bahawa kesihatan tubuh badan kita adalah kerana ubat-ubatan atau kerana kita sering bersenam semata. Kita menyangka jiwa kita menjadi tenang disebabkan dengan hiburan semata, kita menyangka akal fikiran kita menjadi tenang dan tajam kerana kita banyak membaca bahan yang bermanfaat dan berinteraksi dengan para bijak pandai. Kita jarang sekali terfikir, dari manakah sebenarnya datang nikmat tersebut.
Dari itu, marilah kita bermuhasabah diri, sama2 kita berusaha menjadi hamba Allah yang hatinya sentiasa hidup dengan mengingati Allah s.w.t.. Janganlah sampai kita tergolong dalam hambaNya yang sering leka dan lalai, wal 'iyadzubillah min dzalik.
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ini dengan agamaMu dan mengingatiMu. Ya Allah, bantulah diri ini yang lemah supaya selalu mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amal ibadah kepadaMu..Ameen"



No comments:

Post a Comment