Friday, March 23, 2012

Cinta..Dimana cinta



Terfikir seketika ...kadang-kadang manusia ini tidak dapat penuhi semua permintaan orang sekeliling..Sedih pedih,kecewa perkataan yang sama erti dengannya.Fikir apa salah aku kali ini..Kenapa aku diperlakukan seperti ini..Salah seorang insan bergelaran wanita menerima semua ini.Dimana kejujuran yang pernah berjanji sehidup semati??
Apa yang aku mampu mendekati diriku denganmu Ya Allah..Yang Mengetahui segalanya.Tiada yang melainkan-Nya.Yang terindah.Cintaku padaku terhadap Hambamu tidak sehebat cintaku padamu Ya Allah..Aku redha ketentuan mu kali ini.Aku mungkin tulang rusuk miliknya seperti mana engkau janjikan pada setiap insan.
Sebagai manusia,kita  tidak dapat lari daripada perasaan kecewa dengan manusia kerana inilah ujian daripada Allah untuk kita sebagai hambanya yang hina..Namun Allah juga memberi jalan penyelesaian untuk kita mengubatinya.Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta,putus tunang dan seumpamanya,maka terdapat ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih.Putus cinta itu pedih,namun cinta Ilahi takkan terputus.Moga kita terhindar daripada daripada godaan syaitan yang sememangnya mahu menjauhkan kita dariapda Allah Yang Maha Penyayang.

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan ia juga menetapkan apa jua dikenhendakinya dan (ingatlah)pada sisi-Nya adalah IBU SEGALA SURATAN"..


.*Sekadar berkongsi jika tersalah boleh diubahkan semula...Tapi insyaallah Allah setiasa ada dengan kita..

No comments:

Post a Comment