Sunday, October 7, 2012




Sahabat Sejati
Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita,baik disudut kebendaan ,kecenderungan mahupun tingkah laku.samaada kita yang akan terikut ikut dengan kecenderungannya ,ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita...betul tak?

S
ecara umumnya kan,kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga disebaliknya.dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan,yang satu membersihkan yang lainnya (riwayat al dailami)
Siapa sebenarnya sahabat kita?

Saya panggil seseorang itu sahabat bila zufar buat salah dia maafkan dengan rela hati.Saya panggil seseorang itu sahabat kalau dia tak pandang rupa lantas hati dia sentiasa terbuka menerima sesiapa je

Saya panggil seseorang itu sahabat kalau dia sentiasa menegur salah saya dengan cara paling berhikmah
Saya panggil seseorang itu sahabat apabila dia sentiasa bersama dikala suka dan duka

Saya panggil seseorang itu sahabat apabila dia cuba dekatkan kita dengan Allah yang Esa dan buat benteng dari kita terjerumus ke Neraka.Jadilah diri anda sebagai sahabat yang jalannya bawa ke syurga bukan ke lembah neraka.
Itulah sahabat zufar, kerana Allah saya bertemu mereka. Terima kasih Sahabat. :>


Saturday, October 6, 2012


Layakkah diriku ini menjadi sepertimu
Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar jati kekasih ALLAH
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkan kudidik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

Monday, May 14, 2012

Kenapa Yahudi Inginkan Palestin....



Assalamualaikum...kita mesti terfikir,tertanya,kenapalah Palestin ni tak pernah aman...Sedih tengok umat islam kat Palestin kan...Tapi ada sebab kenapa Yahudi nak sangat Palestin ni...Ada cerita disebalik semua ini...

Mari kita baca.....

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanya taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer).

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

Saturday, May 12, 2012

JANGAN BERSEDIH


   Jangan Bersedih
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.Selalu orang mengaitkan ketenangan itu  dengan faktor harta,dengan faktor kekayaan.Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu  bukan segalanya.Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar tidur di atas katil yang empuk.Tetapi dia tidak lebih selesa ataupun lenanya tidak nyenyak.Bahkan ada orang yang tido di pondok buruk kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita .
Ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus,tetapi lidahnya tidak enak ,lebih enak lagi orang yang kadang-kadang makan dengan satu dua mata lauk,tetapi dia lebih sedap dan selesa dengan makanannya.
Kata Hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ,ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya bahagia dan tenang..BELUM TENTU!!!!
TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETETAPAN ALLAH SWT...
Jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang...Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun..Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang..Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..dunia boleh berbuat apa-apa..Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..Apa yang orang sangka rugi..Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka,tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah.Tengoklah dunia ini wahai manusia..kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia,kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya,Saya nak ingatkan wahai sahabat sekalian,berapa banyak dalam hidup sahabat sekalian telah melalui keperitan hidup??CUBA INGAT!!!
Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik..
Ketika kita ditimpa musibah tertentu..kita kata,  “Habislah aku kali ini”,tetapi  usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurnian hidupan ini
Ketika kita kata “Ya Allah tolonglah aku,ya Allah tolonglah aku,aku susah ya Allah”,hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu,dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Ayat Al-Quran(Ali-Imran(3):173
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka, “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”
Tapi kata Allah iman dia tambah,bukan kita kata “pasal apalah Allah benci aku??apalah dosa aku??Tidak-tidak...Kata Quran iman mereka bertambah..Mereka kata.. “Cukuplah bagi kami Allah,dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”
PENGALAMAN SERING MEMATANGKAN KITA...
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..Orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..Bila hati insan bulat kepada YA RABB... “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah”...Asrfirullahalazim....Renung-renungkalah wahai sahabat sekalian.....

Tuesday, April 24, 2012

Kasih Sayang Allah



Kasih Sayang Allah Tiada Tolak Bandingnya...
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...Kita bertemu untuk sekian lagi...Moga dipermudahkan lagi kehidupan seharian kita dengan keberkatan dari Allah S.W.T...Insyaallah...



Sahabat...Kasih syg Allah terhadap hambanya...Hebat..Hebat sangat...Ini kerana kasih syg Allah tiada kekurangannya.Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, Bila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Merebut kasih sayang Allah SWT sama sekali berlainan dengan kasih sayang antara manusia. Ini kerana kasih kepada Allah SWT bukan saja menuntut keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran, malah memerlukan pengorbanan sepanjang masa.


Ini berbeza dengan kasih sesama manusia yang mempunyai pasang surut dan boleh ditukar ganti, terutama apabila seseorang itu meninggal dunia.Kasih sesama manusia hanya boleh dinikmati ketika hidup di dunia, manakala kasih kepada Allah pula dibawa hingga ke akhirat.


Sahabat sekalian...Ingatlah kasih sayang terhadap Allah kepada hambanya tidak akan putus...Ingat!!!Apabila ajal menjemput, putus hubungan sesama manusia, sebaliknya berlainan pula dengan kasih dengan Allah SWT. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan untuk Allah SWT akan dibawa bersama, sebagaimana Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:




“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Sahih — Riwayat Imam Ahmad)
Tiga amalan ini menjadi bukti jelas kasih sayang Allah SWT kepada manusia, di mana ia juga menjadi tanda sejauh mana ketaatan antara hamba dan pencipta-Nya.Apabila dihisab dan mendapati amalan kebaikannya lebih berat daripada amal keburukan, itulah tanda seseorang itu mengagungkan kasih pencipta-Nya yang kekal sebagaimana juga janji-Nya bahawa setiap manusia yang ikhlas kepada-Nya akan dibayar dengan ganjaran syurga.


Justeru, kita hendaklah saling mengingati antara satu sama lain dalam melaksanakan ibadat dan paling utama untuk mendapatkan rahmat serta keredaan daripada-Nya.Kita perlu meyakinkan diri bahawa segala kebesaran, keagungan dan kekuasaan itu hanya milik Allah.Kita wajib yakin bahawa Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Tidak ada sesiapa boleh mengatasi kuasa-Nya.Ingat!!!Allah Maha Kuasa...Ameen..

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak



Pinangan Lelaki Teragung Ditolak...

Ummu Hani’: Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, RASULUL­LAH pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.

Setelah Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua.

Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasulullah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”

Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, “Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami.”

Sumber: http://www.iluvislam.com/
@myibrah.com

Monday, April 23, 2012

Bersyukurlah Wahai manusia


Kenapa kita perlu bersyukur?

Sedih apabila melihat keadaan sekeliling kita..Ada yang sengsara dengan kehidupan..Tapi mereka teruskan kehidupan kerana kesengsaraan didunia tidaklah seberapa apabila kita sentiasa mensyukuri nikmat  Allah kerana di akhirat kelak tuhan janjikan kebahagian kepada hambanya..Jangan merungut..
Dengan jiwa yang bersih barulah nikmat Allah SWT dapat dirasai. Barulah dapat disedari bahawa nikmat Allah SWT itu tidak terkira. Ini kerana nikmat Allah SWT yang sebenar diberikan kepada hamba-hambaNya yang patuh kepada-Nya semata-mata di setiap masa dan tempat. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebesar-besar punca kenikmatan.
Untuk mengembalikan nikmat Allah SWT, kita perlu ada sikap kasihan belas. Kita kasihan melihat fitrah manusia yang melakukan munkar, mendewa-dewakan makhluk dan meninggalkan apa yang Allah SWT perintahkan. Justeru itu kita perlu bertindak merubah dan menolong mereka agar meninggalkan kemungkaran. Punca kemungkaran perlu dihapuskan. Perlu kita jelaskan kepada mereka tentang pengertian atau konsep ‘makhluk’. Bahawa makhluk sama sekali tidak boleh didewa-dewakan.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
– Surah ar-Ra’d: ayat 11.

“Ya Tuhan kami, limpahlah kesabaran kepada kami danmatikanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu).” – Surah al-’Araf: ayat 126.

“Ya Tuhan kami, limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.”
– Surah al-Baqarah: ayat 250.

Pernahkah kita manusia terfikir, kenapa sering lupa untuk mensyukuri di atas nikmat-nikmat Allah s.w.t. kerana terpedaya dengan kemudahan dan kemewahan dunia. Kita menyangka bahawa kesihatan tubuh badan kita adalah kerana ubat-ubatan atau kerana kita sering bersenam semata. Kita menyangka jiwa kita menjadi tenang disebabkan dengan hiburan semata, kita menyangka akal fikiran kita menjadi tenang dan tajam kerana kita banyak membaca bahan yang bermanfaat dan berinteraksi dengan para bijak pandai. Kita jarang sekali terfikir, dari manakah sebenarnya datang nikmat tersebut.
Dari itu, marilah kita bermuhasabah diri, sama2 kita berusaha menjadi hamba Allah yang hatinya sentiasa hidup dengan mengingati Allah s.w.t.. Janganlah sampai kita tergolong dalam hambaNya yang sering leka dan lalai, wal 'iyadzubillah min dzalik.
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ini dengan agamaMu dan mengingatiMu. Ya Allah, bantulah diri ini yang lemah supaya selalu mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amal ibadah kepadaMu..Ameen"