Sunday, October 7, 2012




Sahabat Sejati
Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita,baik disudut kebendaan ,kecenderungan mahupun tingkah laku.samaada kita yang akan terikut ikut dengan kecenderungannya ,ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita...betul tak?

S
ecara umumnya kan,kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga disebaliknya.dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan,yang satu membersihkan yang lainnya (riwayat al dailami)
Siapa sebenarnya sahabat kita?

Saya panggil seseorang itu sahabat bila zufar buat salah dia maafkan dengan rela hati.Saya panggil seseorang itu sahabat kalau dia tak pandang rupa lantas hati dia sentiasa terbuka menerima sesiapa je

Saya panggil seseorang itu sahabat kalau dia sentiasa menegur salah saya dengan cara paling berhikmah
Saya panggil seseorang itu sahabat apabila dia sentiasa bersama dikala suka dan duka

Saya panggil seseorang itu sahabat apabila dia cuba dekatkan kita dengan Allah yang Esa dan buat benteng dari kita terjerumus ke Neraka.Jadilah diri anda sebagai sahabat yang jalannya bawa ke syurga bukan ke lembah neraka.
Itulah sahabat zufar, kerana Allah saya bertemu mereka. Terima kasih Sahabat. :>


Saturday, October 6, 2012


Layakkah diriku ini menjadi sepertimu
Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar jati kekasih ALLAH
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkan kudidik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..