Perhatikanlah, betapa banyaknya kelebihan @ keistimewaan mu ibu!
9 Kelebihan Ibu Mengandung1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Monday, April 23, 2012
Kelebihan Ibu mengandung Mengikut Islam
BIDADARI SYURGA
Bidadari Syurga...
Teringin sekali untuk melihat bidadari syurga ini...Bagaimana wajahmu wahai bidadari...Indah seperti yang digambarkan didalam Al-Quran? Nabi Muhammad pernah berpesan, sesiapa yang mahu melihat wanita bidadari syurga, maka lihatlah Ummu Rauman...
Gambaran bidadari dalam Al-Quran “Disisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar,pandangannya dan jeli matanya,seakan-akan mereka adalah telur (burung unta)yang tersimpan dengan baik.”
Kejadian bidadari syurga yang dipetik dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari syurga.Allah S.W.T telah menjadikan wajah bidadari syurga dari empat warna iaitu kuning,hijau,putih,dan merah.Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran,misik,kafur dan anbar.Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah bauan misik.Dari lutut hingga ke payu dara adalah zafran.Manakala dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar.Dari leher hingga kekepalanya adalah kafur...Indahnya ciptaannya...
Andainya seseorang bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan miskin dunia ini.Pada setiap dada bidadari telah tertuilis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama-nama Allah.Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelaang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdaapt 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang gemerlapan.Dari Ibnu Abas r.a Rasulullah bersabda , “Sesungguhnya disyurga nanti terdaapt bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik,kafur,zafran dan anbar. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami-suami mereka.
PESANAN DARI BIDADARI SYURGA
Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman2nya.
"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman "Saya dari Iraq" jawabnya "Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?" "Boleh."
Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama2 ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat,zikir dan munajat kepada Allah.
Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti2.Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.
Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing2 sibuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Aabu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya.
"Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan2 syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari2 yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda !Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan2 syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari2 yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda !Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh2 tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh2 dia akan dapat.Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya.Kemudian dia pun pergi.Abu Sulaiman mencaci dirinya.Jika orang yang mencari bidadari bertungkus lumus demikian rupa menghabiskan masa dan tenaga untuk memperolehi yang dikehendakinya,bagaimana lagi orang yang ingin mencari Tuhan kepada bidadari tersebut ?
Kesimpulan:
Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.
Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Saturday, April 21, 2012
Adakah Doa termakbul...
Adakah Doa termakbul.....
Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.
Berdoa adalah satu ibadat,Insan yang dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya .Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.
Doa yang dimakbulkan segera di dunia.Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa.Ramai dikalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah mengetahui..Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.
Doa yang tidak termakbul didunia ,ia tetap akan dimakbul tetapi disimpan untuk balasan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah..
Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kehebatan kita.
Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.
Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.
“ Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Surah Al-Mu’min ayat 60.
Surah Al-Mu’min ayat 60.
Friday, April 20, 2012
Nilai Seorang Sahabat Sejati
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
5 cara pilih sahabat sejati
Pertama : Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dialah hiasan diri kita dan jika dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua : Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau ia melihat kenaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-menghitungkan
Ketiga : Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat : Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpamu,dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu.
Kelima : Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
DUGAAN ALLAH ADA HKMAHNYA....
Bismillah Wa Syukrillah
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan
Dugaan Allah itu hebat bukan....Alhamdulillah...Kita mampu lagi hidup di bumi Allah ini.. Sesungguhnya duggan itu memeng hebat...tidak kira apa pun sama ada baik atau buruk..Allah sentiasa menguji kita. Kita sebagai mukmin yang baik akan menerimanya sebagai kekuatan iman kita bukan??
Tengok...bila je sedih kita sering ditemani dengan lagu sedih-sedih..kenapa bukan dengan alunan ayat suci Allah..Bukankah itu penenang yang paling mujarab... Bila kita diduga bersyukurlah wahai mukmin sekalian,,Allah masih lagi memandang kita walau dalam keadaan begitu..TIdakkah kita perlu bersyukur Allah itu masih sayangkan kita?? Allah adalah tempat yang terbaik untuk mengadu bukan??Allah akan mendengar segala luahan kita semua..Tanpa memandang betapa hinanya kita ini...
Dugaan ini hanya lah sementara kita di dunia..Jangan risau... Ini kerana Allah telah janjikan ganjaran menanti bagi yang diuji.Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh...
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah
“Jagalah Allah, Nescaya Engkau Akan Sentiasa Mendapati-Nya Di Hadapanmu. Kenalilah Allah Di Waktu Lapang Nescaya Dia Akan Mengenalimu Saat Kesulitan, Ketahuilah Bahawa Apa Yang Ditetapkan Luput Darimu Tidak Akan Pernah Menimpamu Dan Apa Yang Telah Ditetapkan Menimpamu Tidak Akan Pernah Luput Darimu.Ketahuilah Bahawa Kemenangan Itu Selalu Mengiringi Kesabaran, Jalan Keluar Selalu Mengiringi Ujian Dan Kemudahan Itu Selalu Mengiringi Kesusahan.” (Hr At-Tirmidzi)..
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti. Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla,
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Ayah...
Wahai anak...pernah ke terdetik anda berfikir begini????
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangannya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Wednesday, April 4, 2012
Siapakah Dia
Hari ni dia datang dengan membawa harapan kepadaku...Siapa dirinya yang sebenarnya...kenapa dia berkata begitu kepada ku...Mmg ku mengenalinya..tpi tidak serapat teman22 ku yang lain...Tiba2 shaja datang dan meluahkan segalanya...Tpi biarlah sekadar teman...Dalam masa ini aku perlukan kekuatan..Hati aku perlu kuat..Kadang-kadng ini adalah permainan kehidupan..datang,singgah,,selepas tu pergi meninggalkan ku tanpa khabar berita...Jika la aku boleh melihat masa hadapan,jika dia adalah untukku,aku terima seadanya...Tpi mampu ke aku terima semua ini...Kadang-kadang aku x faham kehidupan ni..seperti dipermainkan...Tpi Allah mengetahuinya...Dia tau apa yang aku rasai..jangan biarkan aku jatuh cinta padanya...Kuatkan lah hati ku pada Mu Ya Allah...Aku tau dia hanya persinggahan yang sementara...Bukanlah selamanya...
Aku perlukan pertolongan Mu Ya Allah...terfikir,kenapa benda seperti ini banyak berlaku pada diriku...Aku ini bukan barang mainan...Setulus manapun cinta kita pada seseorang..kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita..Sentiasa berdoa diberikan insan yang baik diri kita.Bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberikan Oleh Allah,kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih buat diri kita...Terdapat Didalam Al-Quran mengenai jodoh.. Disebalik
Adakah aku terkeliru dengan cinta ini.Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarku...tetapi insan yang tidak pernah dikenaliku pula datang merisiku..Tidak tahu untuk aku memilihnya...
Kisah surah An-Nahl ayat 92 berkaitan jodoh..
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-cerai kembali”...
Namun disebalik semua ini aku makin megerti apa yang telah ditentukan buatku..Allah telah berjanji kepadaku...
Mampu ke aku nak menolak semua yang telah ditentukan...aku tahu kau mengetahuinya..aku tahu...siapapun dia..aku terima..dia telah ditentukan untuk ku...
http://html.expresso.me/smileys
Subscribe to:
Posts (Atom)






